Laman Utama

Pengurusan

Berita Koperasi

Hyper Rangkaian

Hubungi Kami

Borang Online

 

03-61366097 |   Telefon

Menu Utama

Objektif & Kualiti

Misi & Visi

Aktiviti Pinjaman

Produk

Akta

Kejayaan Anggota

Kewangan

Soalan Lazim

Lokasi

 

BERITA ARKIB

 

Lawatan Ke Koperasi Ukhwah Jalan Medan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

Pada 4.12.2009 seramai 10 Anggota Lembaga dan 3 Pegawai Koperasi telah mengadakan lawatan kerja ke Koperasi Pendidikan Islam Malayisa Berhad atau dengan nama ringkasnya Koperasi Ukhwah terletak di Lorong Medan Tuanku 1, Kuala Lumpur. Melawat ke pejabat-pejabat operasi Koperasi Ukhwah seperti Kedai Pajak Gadai Islam Ar rahnu, Koperasi Ukhwah Marketing, Koperasi Ukhwah Property dan Restoran Rakyat Koperasi Ukhwah. Kehadiran anggota lembaga di alu-alukan oleh YB Dato' Hj Mustapa Kamal (DSMP).

Mesyuarat Agung

Mesyuarat Agung pada tahun 2009 telah diadakan di Dewan Seri Malinja, Hotel Seri Malaysia Alor Setar Kedah. Kawasan-kawasan yang mempunyai jumlah anggota sekurang-kurangnya 108 orang, mengikut undang-undang kecil negeri KOSPETA yang telah dipindah pada tahun 2005.

Pertandingan Golf Persahabatan

Sempena mesyuarat agung tersebut kesempatan ini juga diambil pada hari pertama pihak seketeriat koperasi Kospeta telah mengaturkan pertandingan golf persahabatan diantara Pegawai-pegawai Majlis Daerah Pontian dengan Ahli-ahli Lembaga Koperasi Kospeta bagi tujuan mengeratkan hubungan silaturahim

Mesyuarat Agung Perwakilan

Berita Biro Wanita 2008/09

Sejak Biro wanita Kospeta 2008/09 diaktifkan, beberapa usaha dan pencapaian telah di buat dan di perolehi seperti berikut:

1. Sejak bulan Julai hingga November 2008 Biro Wanita telah mendapatkan seramai 40 orang ahli       baru Kospeta

2. Wakil Biro wanita telah turut berusaha dalam kempen Kospeta meningkat ahli di Kelantan

3. Seramai 3 ahli wanita telah menghadiri kursus-kursus yang ditawarkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia untuk meningkat ilmu

4. Biro wanita mengutarakan beberapa cadangan perniagaan kepada Kospeta seperti pembiaan dan perniagaan kiosk di MPAJ

5. Sebgai program permulaan, Biro wanita telah berjaya mengadakan program 'Breakaway Wanita Kospeta" pada 25-26/10/08 di Kuang di mana 20 ahli wanita telah menyertainya

Seminar bersama wargakerja di Hotel Regency Alor Star, Kedah

Seminar Perancangan Strategik Pengurusan Koperasi bersama wargakerja telah di adakan pada 5hb hingga 8hb Februari 2009 bertempat di Hotel Regency Alor Star Kedah. Seminar ini bertujuan untuk merancang pengurusan yang strategik bagi menentukan visi dan misi koperasi pada masa akan datang. Dengan adanya seminar ini, pengurusan koperasi dan perancangan yang ingin di capai akan mencapai ke tahap yang di ingini daripada kedudukan koperasi di tangga ke 64 menuju ke tangga pertama. Itu adalah matlamat yang hendak di capai pada tahun 2014. Penceramah yang menceramah untuk seminar ini adalah dari Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan di anjurkan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan (3P).

Lawatan Ke Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah

Pada 5 Februari 2009, seramai 18 orang wargakerja Koperasi terdiri daripada 4 Pegawai Pentadbir dan 14 wargakerja telah mengadakan lawatan kerja ke Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah.  Lawatan kerja ini diketuai oleh Sdra Ahmad Letfi bin Saad ,salah seorang Jawatankuasa Kawasan KOSPETA di Alor Setar, Kedah.  Pada ketika ini, Anggota Lembaga dan Pengurus Koperasi menghadiri Seminar Sehari  bersama Pengerusi dan Setiausaha Kawasan di Foyer Majlis Bandaraya Alor Setar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

All Rights Reserved

Koperasi KOSPETA MALAYSIA BERHAD

nO. 10 & 12 Tingkat 1 Jalan 6/3A KM12

Jalan Ipoh Pusat Bandar Utara 68100 Kuala Lumpur

No.Tel: 03-61366097 / 03-61360564 No Faks: 03-61384463

E-mail: kop.peta@streamyx.com / kospeta@tm.net.my

Laman Web : www.kospeta.org