Laman Utama

Pengurusan

Berita Koperasi

Hyper Rangkaian

Hubungi Kami

Borang Online

 

03-61366097 |   Telefon

Menu Utama

Objektif & Kualiti

Misi & Visi

Aktiviti Pinjaman

Produk

Akta

Kejayaan Anggota

Kewangan

Soalan Lazim

Lokasi

 

KEJAYAAN ANGGOTA

DAHULU MEMBUKA WARUNG KOPI

Pengalaman bekerja diMajlis Bandaraya Alor Star selama 22 tahun sebagai Pekerja Rendah Awam Sdra. Sobri bin Kassim berumur 43 tahun yang tinggal diTaman Sri Abadi, Alor Star, Kedah dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang Pekerja yang begitu gigih dan tidak berkira dari segi tenaga dalam menjalankan tugas sehariannya.

Dengan tugas-tugas seharian itu tidak menghalang beliau untuk mencari pendapatan yang lebih disebelah petang bagi menyara 3 orang anak.  Sememangnya dimana-mana pun jika pekerja bawahan hanya bergantung kepada gaji bulanan semata-mata tidak mencukupi untuk meneruskan hidup, apatah lagi dengan keadaan inflasi harga barang yang begitu melambong tinggi ketika ini membuat semua orang rasa resah dan gelisah.

Bagi Sdra. Sobri yang berwatak sederhana mula membuka langkah dengan berazam satu tekad yang berani dalam cubaannya menceburi diri dalam perniagaan dengan bermodalkan sebanyak RM 10,000.00 yang dipinjamkan dari Koperasi KOSPETA nyata telah membawa tuah serta kejayaan bagi diri serta keluarganya.
Perniagaan yang beliau ceburi ialah dengan membuka CITY CORNER SUDUT KOPI mengunakan kereta sorong ditepi pinggir jalan mendapat sambutan dengan begitu baik dari orang ramai. Anggaran pendapatannya sehari berjumlah RM 120.00.

Katanya, kejayaan ini bukanya datang dengan sendiri jika tidak betul-betul berusaha, selama 11 tahun beliau telah merasa pelbagai pahit maung dalam urusan perniagaan khususnya untuk mendapat modal dan mencari tapak perniagaan yang lebih sesuai.

Saya amat beterima kasih dan berbangga menjadi Anggota Koperasi KOSPETA kerana KOPERASILAH yang dapat menolong serta membantu saya khususnya untuk simpanan dihari tua.

Sdr.Sobri bin Kassim

 Kereta Sorong yang ditempah khas

 

B:  SEKARANG STARWALK

 

Sekarang En Sobri bin Kassim telah bekerja di Environment Idaman dan telah berjaya dalam usahanya untuk menjadi salah seorang peniaga yang berjaya disekitar Bandaraya Alor Setar dengan menambah modal sebanyak RM30,000.00 dari Koperasi KOSPETA. Dengan adanya pinjaman dari Koperasi perniagaan beliau telah bertambah maju dan mempunyai pelanggan tetap yang sentiasa bekunjung ke kedainya.

 

 

 

 

 

 
 

All Rights Reserved

Koperasi KOSPETA MALAYSIA BERHAD

nO. 10 & 12 Tingkat 1 Jalan 6/3A KM12

Jalan Ipoh Pusat Bandar Utara 68100 Kuala Lumpur

No.Tel: 03-61366097 / 03-61360564 No Faks: 03-61384463

E-mail: kospeta66@gmail.com / kospeta@yahoo.com

Laman Web : www.kospeta.org