Laman Utama

Pengurusan

Berita Koperasi

Hyper Rangkaian

Hubungi Kami

Borang Online

 

03-61366097 |   Telefon

Menu Utama

Objektif & Kualiti

Misi & Visi

Aktiviti Pinjaman

Produk

Akta

Kejayaan Anggota

Kewangan

Soalan Lazim

Lokasi

 

SYARAT DAN KELAYAKAN KEANGGOTAAN

Koperasi Kospeta Malaysia Berhad

Sebuah Koperasi Serbaguna Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia Berhad

Kelayakan Menjadi Anggota

Semua kakitangan yang berkhidmat dengan PBT, IWK, Alam Flora, SWM Sdn Bhd dan E-Idaman yang berjawatan tetap sahaja.

Caranya

Dapatkan borang menjadi anggota dari wakil kawasan, muat turun di borang Online atau hubungi pejabat koperasi. Kemaskini borang dan hantarkan ke pejabat Koeprasi dengan menyertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji terkini (penyata asal). Bagi yang bertaraf kontrak sertakan salinan perjanjian kontrak. Borang adalah percuma. (muat turun Borang Keanggotaan)

Panduan Mengisi Borang

1. Borang ini hendaklah diisi dalam DUA SALINAN dengan HURUF BESAR menggunakan pena atau ditaip.

2. Permohonan hendaklah daripada seorang Wargakerja Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia, ANULAE Semenanjung Malaysia dan Syarikat Konsesi di bawah Pengswastaan Pihak Berkuasa Tempatan dalam jawatan tetap dan kontrak sahaja.

3. Nama Pencadang dan penyokong mesti dari kalangan anggota Koperasi ini.

4. Fi Masuk menjadi anggota adalah sebanyak RM10.00 yang akan di potong pada bulan pertama menjadi anggota. Bekas anggota yang memohon menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM50.00.

5. Setiap anggota hendaklah melanggan sebanyak RM500.00 syer maksima sebagai sumbangan minimuam yang boleh dijelaskan dalam tempoh maksima selama 24 bulan.

6. Anggota juga dikehendaki membayar yuran secara ansuran sebanyak RM30.00 sebulan dan hendaklah meneruskan sepanjang tempoh keanggotaan.

7. Setiap permohonan hendaklah disertakan bersama salinan kad pengenalan, penyata gaji terkini yang asal dan salinan perjanjian kontrak (bagi kakitangan kontrak).

8. Jika permohonan menjadi anggota dan pembelian syer dan yuran diluluskan, senaskah Undang-Undang Kecil akan di berikan kepada pemegang syer dan yuran.

9. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama-sama borang KOSPETA 20 & 21.

 

 
 

All Rights Reserved

Koperasi KOSPETA MALAYSIA BERHAD

nO. 10 & 12 Tingkat 1 Jalan 6/3A KM12

Jalan Ipoh Pusat Bandar Utara 68100 Kuala Lumpur

No.Tel: 03-61366097 / 03-61360564 No Faks: 03-61384463

E-mail: kospeta66@gmail.com / kospeta@yahoo.com

Laman Web : www.kospeta.org